BeritaPendidikan

MAIPs tawar biasiswa kepada 10 pelajar Uyghur

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan biasiswa kepada 10 pelajar Uyghur untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Penawaran tersebut diserahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menghadiri majlis ceramah khas berjudul “Airmata Uyghur” yang diadakan di Masjid Alwi Kangar pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Ceramah disampaikan oleh Ketua Komuniti Ughyur Australia yang kini bermastautin sejak 15 tahun yang lalu di Adelaide, Nurmuhammad AbdulMajid dan Ketua Jam’iyyat Islam Turkistan (Multimedia) yang menetap di Turki, Sheikh Abdul Waris.

Antara mesej yang dikongsikan mereka adalah pihak NGO boleh melaksanakan program dan aktiviti bagi membantu masyarakat Uyghur, pihak media dipohon mendedahkan maklumat yang tepat mengenai isu Uyghur ini, masjid-masjid dipohon menyampaikan kutbah mengenai isu Uyghur dan yang paling dipohon ialah agar semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Uyghur secara amnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button