Seorang pemuda berasal dari Kelantan yang acah-acah gangster di Parit Raja Johor kini ditahan pihak berkuasa.
Terdahulu, pemuda berkenaan bukan main tunjuk gila dengan seorang wanita Melayu yang ingin berniaga dan mendakwa wanita berkenaan telah pun melanggar kawasannya.
Sedangkan dari segi perundangan sekali pun, perbuatan pemuda berkenaan sekadar tin kosong dan kelakuannya yang melampau harus dihapuskan dari bumi Johor.
Tidak kiralah sama ada di Johor atau lain-lain negeri, mana-mana peniaga yang berdepan dengan tindakan ini, segera laporkan kepada pihak berkuasa kerana budaya gangsterisme bukan budaya orang Melayu.
Sudahlah asal kelantan, buat malu nama orang kelantan sahaja di negeri Johor.
Memang sengaja nak cabar orang Johor untuk tunjuk taring atau bagaimana? Lupakah kita pada lagu maliq yang berjudul Mantera Beradu?
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau. Sekali masuk TikTok, habislah kerana satu Malaysia takkan selamatkan kau!