65% rakyat Malaysia beragama Islam memilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
MENURUT satu kajian yang dijalankan oleh Hong Leong Islamic Bank (HLISB), 65 peratus rakyat Malaysia beragama Islam akan secara eksklusifnya memilih produk perbankan dan pelaburan patuh Syariah.
Kajian ini dijalankan dalam kalangan 690 responden Muslim di Malaysia berumur antara 18 – 77 tahun, kebanyakannya mencatatkan pendapatan isi rumah bulanan median di bawah RM10,000.
Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa 47 peratus responden mempunyai produk pelaburan, di mana tiga produk kegemaran adalah dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), simpanan Tabung Haji dan komoditi emas, diikuti rapat oleh saham-saham Malaysia dan akaun simpanan pulangan tinggi.
Walaupun terdapat persepsi dalam kalangan responden bahawa produk pelaburan Islam memberikan manfaat yang lebih rendah, HLISB berusaha memastikan produk patuh Syariahnya kompetitif berbanding produk konvensional, sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan untuk memilih produk perbankan Islam sambil menikmati manfaat dan pulangan yang bertepatan dengan pasaran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi, hasil kajian ini mencerminkan peluang Bank untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang pesat dengan menawarkan pendekatan pengurusan kekayaan yang komprehensif, sejajar dengan prinsip yang ditetapkan dalam pengurusan kewangan Islam.
“Umat Islam membentuk sekitar 63.5 peratus populasi Malaysia, dan berdasarkan kajian yang kami jalankan, 65 peratus secara eksklusifnya memilih produk perbankan Islam. Ini menunjukkan permintaan kukuh terhadap penyelesaian perbankan dan pelaburan patuh Syariah.
“Dalam perbankan Islam, pelaburan bukan sahaja untuk meningkatkan kekayaan peribadi. Ia berfungsi sebagai komponen penting dalam ekosistem pengurusan kekayaan Islam, yang memberi penekanan kepada penciptaan, pengumpulan, pemeliharaan, penyucian, dan pengagihan kekayaan.
“Dibentuk berlandaskan nilai Islam dan prinsip Syariah, pendekatan komprehensif ini mempromosikan altruisme dan tanggungjawab sosial bagi memastikan risiko serta keuntungan dikongsi bersama golongan yang memerlukan dan mereka yang mempunyai lebihan.
“Pihak Bank berada dalam kedudukan unik sebagai pengantara kewangan yang boleh memenuhi permintaan pasaran menerusi perkhidmatan pengurusan kekayaan yang teguh, inovatif, dan patuh Syariah. Ini membolehkan HLISB membantu pelanggan kami menceburi landskap pelaburan Islam sambil memastikan kekayaan mereka dilindungi dalam ekosistem kewangan Halal yang menyeluruh. Kami ingin menjadi platform yang ideal untuk rakyat Malaysia memulakan, mengembangkan dan mempelbagaikan portfolio pelaburan patuh Syariah mereka.”
Kajian HLISB juga mendedahkan bahawa 84 peratus responden mendakwa mempunyai keinginan untuk meraih kekayaan.
Walau bagaimanapun, 77 peratus Muslim di Malaysia tidak memiliki perancangan kewangan yang telah didokumentasikan.
Ini menekankan kepentingan memiliki strategi pengurusan kekayaan Islam yang komprehensif untuk membina masa depan kewangan yang selaras dengan prinsip Islam.
Ketua Syariah HLISB, Akmal Solihi Mohd Yazid, menekankan kepentingan pengurusan kekayaan Islam, dan bagaimana Bank berusaha membantu pelanggan memanfaatkan potensi sepenuhnya.
“Dalam Islam, pemerolehan, perbelanjaan, dan pemeliharaan kekayaan harus dilakukan dengan betul dan bertanggungjawab mengikut prinsip-prinsip Islam yang ditetapkan.
“Ini telah mendorong para ulama kontemporari membangunkan garis panduan untuk memastikan perjalanan pengumpulan kekayaan mematuhi prinsip Islam.
“Menerusi pasukan pakar Syariah dan rekod prestasi terbukti dalam kewangan Islam, kami memastikan bahawa perkhidmatan kekayaan kami memenuhi garis panduan Syariah yang ketat, sambil memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.”
Pelanggan boleh memulakan perjalanan pelaburan patuh Syariah dengan mudah bersama HLISB dengan pelbagai dana Islam yang telah memenangi anugerah dan pernah menjana pulangan tinggi – antaranya adalah HL Dana Makmur dan HL Dana Maa’rof yang menawarkan pulangan tahunan selama lima tahun sebanyak 18.45 peratus dan 11.41 peratus masing-masing, setakat 30 Jun 2024.
Bagi pelanggan yang ingin meneroka pelaburan jangka pendek dengan risiko yang lebih rendah, Akaun Pelaburan Berjangka HLISB adalah alternatif di mana pelaburan boleh dimulakan dengan serendah RM500 bagi tempoh 1, 3, 6, 9, atau 12 bulan.
Selaras dengan usaha mengembangkan khidmat nasihat pengurusan kekayaan Islam, pihak Bank juga telah menghasilkan satu podcast bertajuk “Market Matters with HLB”, yang mengetengahkan pelbagai pandangan dan pengetahuan HLB mengenai pelaburan serta penyelesaian pengurusan kekayaan.
Episod-episod seterusnya akan membabitkan perbincangan tentang pengurusan kekayaan Islam bersama duta HLB, Lisa Surihani dan Alif Satar.
Untuk menonton semua episod podcast “Market Matters with HLB”, sila layari: https://www.youtube.com/
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengurusan kekayaan HLISB, sila layari: https://www.hlisb.com.my/en/