Nasional
500,000 guru akan terima vaksin fasa kedua
SEMUA kira-kira 500,000 guru di seluruh negara akan menerima vaksin dalam fasa ke-2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula hari ini.
Perkara itru disahkab oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang erkata, Kementerian Pendidikan dalam proses menyiapkan senarai guru berkenaan.
Katanya, selepas senarai itu siap nama mereka akan dimasukkan ke dalam sistem vaksinasi bagi mendapatkan janji temu.
“Setakat ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang tersenarai dalam fasa pertama sudah menerima dos pertama vaksin.
“Selebihnya akan menerima suntikan dalam bulan ini,” katanya pada sidang media perkembangan program vaksinasi,” katanya.