Luar Negara

34 maut dalam serangan terhadap bas penumpang di barat Ethopia

SEORANG lelaki bersenjata membunuh puluhan orang dalam serangan ke atas sebuah bas penumpang di barat Ethiopia.

Menurut laporan Agensi Anadolu pegawai dari badan hak asasi manusia nasional memaklumkan insiden yang berlaku itu kelmarin.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ethiopia (EHRC) dalam kenyataannya memberitahu, berlaku serangan mengerikan ke atas sebuah bas penumpang dari Wonbera ke Chagni di wilayah Benishangul-Gumuz.

“Dalam serangan itu 34 kematian disahkan dan dijangkakan jumlah kematian kemungkinan meningkat,” katanya.

Serangan itu berlaku pada hari Sabtu, malam, di kawasan terpencil antara Wonbera dan Chagni, katanya.

“Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Pegawai keselamatan memberitahu media tempatan, tidak ada bukti langsung yang mengaitkan serangan itu dengan konflik di wilayah Tigray utara Ethiopia,” ujarnya.

Menurut pegawai berkenaan, serangan itu berlaku ketika penduduk terus melarikan diri dari wilayah itu.

Kata Pegawai Sudan, kira-kira 25,000 rakyat Ethiopia menyeberang ke Sudan untuk melarikan diri daripada pertempuran.

Pada 4 November lalu, Ethiopia melancarkan apa yang digambarkannya sebagai operasi penguatkuasaan undang-undang di Tigray selepas Pasukan Hadapan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) menyerang kem utara tentera Ethiopia yang ditempatkan di sana. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button