47.9 peratus rakyat dewasa telah divaksin dos pertama
SEJUMLAH 47.9 peratus orang dewasa di negara ini telah mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 sementara 22.5 peratus daripada mereka telah lengkap menerima kedua-dua dos.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sejumlah 16.487 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat yang melibatkan 11.222 juta (34.4 peratus) dos pertama dan 5.264 juta (16.1 peratus) dos kedua.
Lima wilayah mencatatkan lebih 50 peratus orang dewasa telah disuntik dengan dos pertama. Labuan tertinggi dengan 88.7 peratus telah mendapatkan dos poertama dan 72.6 peratus lengkap menerima kedua-dua dos.
Diikuti Sarawak dengan 79.7 peratus orang dewasa telah menerima dos pertama dan 53.4 peratus lengkap disuntik kedua-dua dos.
Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 74.3 peratus penduduk dewasa telah disuntik dengan dos pertama dan 25 peratus lagi lengkap menerima kedua-dua dos.
Turut mencatatkan peratusan yang tinggi adalah Negeri Sembilan dengan 60.6 peratus orang dewasa telah disuntik dos pertama dan 23.8 peratus lengkap menerima kedua-dua dos.
Perlis turut merekodkan 52.4 peratus penduduk dewasa telah mengambil dos pertama dan 37.4 peratus disuntik dengan kedua-dua dos.
Sementara itu, CITF turut memaklumkan sejumlah 462,242 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 301,532 dos pertama dan 160,706 dos kedua.
Selangor terus menjadi negeri tertinggi memberikan vaksin kepada penduduk yang melibatkan 93,699 dos pertama dan 34,991 dos kedua.
Kuala Lumpur juga mencatatkan rekod pemberian harian vaksin yang tinggi iaitu 50,158 dos pertama dan 35,535 dos kedua.
Diikitu Sabah yang mencatatkan 31,498 dos pertama dan 2,395 dos kedua serta Johor 26,431 dos pertama dan 3,550 dos kedua.-SM