Nasional

41 pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling sembuh COVID-19

SEBANYAK 41 pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah sembuh COVID-19 dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, para pelajar tersebut merupakan kluster tabligh yang dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020.

Para pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun itu terdedah kepada COVID-19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.

Dr. Noor Hisham berkata, pada awalanya kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan dua ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif.

Mereka kemudian dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19.

“Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut. Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine.

“Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020,” kata Dr. Noor Hisham

BACA

Menurut Dr. Noor Hisham, dari aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya.

Menurutnya, kmpulan pelajar tersebut merupakan pesakit muda justeru proses penyembuhan dan prognosis kumpulan itu adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun mereka yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis.

“Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting.

“Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti.

Justeru, menurut Dr. Noor Hisham, mengambil contoh pengurusan kesemua pelajar tahfiz tersebut proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan virus COVID -19.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button