Nasional

35 pegawai KPM ikuti kursus kepimpinan, pengukuhan di UPSI Adventure Park

Unit Latihan Cawangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganggap Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan di UPSI Adventure Park, Tanjung Malim bertepatan dengan objektif yang ditetapkan oleh bahagian berkenaan.

Peserta bersiap sedia untuk melakukan aktiviti abseiling.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari tersebut bermula dari 6 hingga 8 September 2022 itu melibatkan seramai 35 peserta yang terpilih mengikuti kursus ini dari pelbagai bahagian dan di KPM.

Kursus anjuran KPM yang melibatkan pegawai tadbir diplomatik dari pelbagai bahagian di KPM itu menekankan elemen komunikasi, fokus, sikap bertanggungjawab dan bekerjasama.
Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Mazuki Mohd Yasim, konsep activity-based learning (ABL) telah diterapkan sepanjang kursus berlangsung.

Aktiviti kayak yang dilaksanakan di Tasik Rekreasi Pusat Kokurikulum yang berlatarbelakang Banjaran Titiwangsa.

“Konsep ini dilaksanakan dengan setiap peserta merasai pengalaman melakukan aktiviti. Impak dari konsep ABL ini meliputi eksperimen, penerokaan dan ekspresi. Selain itu, komunikasi dua hala, tolong menolong dan bertanggjawab dapat dilihat melalui konsep ABL ini,” katanya.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, Rospiagos Taha, SUB BPSM KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada AURORA yang berjaya mengendalikan kursus ini dengan lancar dan berkesan.

Peserta menikmati mini air terjun setelah berhempas pulas melakukan aktiviti trekking.

Menurut beliau penganjuran kursus ini dapat memantapkan para peserta dalam melicinkan proses kerja di KPM.
Menurut beliau, Pemilihan AURORA sebagai pengendali kursus amat tepat selain dapat menjalinkan kerjasama antara KPM dan UPSI.

Di samping itu, katanya, peserta boleh menyebarkan maklumat mengenai pakej latihan yang terdapat di UPSI dan membawa pengalaman yang mereka dapat sepanjang kursus dijalankan untuk di ceritakan apabila pulang ke bahagian masing-masing.
Sementara itu, Urus Setia Program KPM, Nur Hayati Amat berkata beberapa aktiviti dalaman dan luaran telah dijalankan sepanjang kursus berlangsung.

Rospiagos Taha (tengah) dan Dr Mazuki (kanan) bersama peserta kursus pada majlis penutup program di Scholar’s Suites UPSI.

Katanya, bagi aktiviti dalaman, aktiviti ice breaker dan latihan dalam kumpulan telah dijalankan menggunakan kit team building dari trainingwheelgear, manakala aktiviti luar pula meliputi sukan lasak seperti kayak, tali tinggi, rentas halangan dan trekking. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button