125 kilogram sampah telah berjaya dikutip.
Ini antara aktiviti hari pertama yang dilalui oleh 30 pelajar Semester Lima Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh, Perlis.
Sekaligus ia bersesuaian dengan program yang diikuti “Project Visit – Let’a join hands together for a greener world’ yang diadakan selama dua hari di Langkawi yang berakhir semalam.
Menerusi aktiviti “voluntourism” ini ia dijalankan bersama Trash Hero Langkawi yang terdiri dari Zuraidah Zainal Abidin dan empat sukarelawan di Hutan Lipur Lubuk Semilang.
Program ini bagi membuka mata dan hati pelajar tentang pentingnya kesedaran orang awam dan diri sendiri untuk lebih bertanggungjawab pada sampah sendiri dan mempunyai sifat kekitaan kepada lokasi tarikan pelancongan di tempat sendiri
Ini antara matlamat utama program ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar bersama dengan beberapa pemain industri pelancongan di Pulau Langkawi yang berstatus UNESCO Global Geopark.
Pada hari kedua, pelajar dibawa melawat Pusat Penyelidikan Langkawi UKM.
Di sini mereka diberikan pendedahan dan ilmu yang sangat berguna tentang sejarah dan pembangunan serta kepentingan Geopark Langkawi.
Selain itu, pelajar mengikuti eksplorasi Mangrove Tour Kilim Geoforest Park selama hampir lima jam.
Juga diadakan sesi santai bersama mantan Pengarah Langkawi Tourism Academy (LTA), Khairuddin Khalil yang juga pelopor utama pembangunan kurikulum pelancongan Politeknik.
Pelajar juga dibawa berkunjung ke Cottage by the Sea of Frangipani Hotels & Resorts, Langkawi yang tersohor sebagai “green hotel”di Malaysia.
Di sepanjang lawatan ini juga, para pelajar berjaya melengkapkan 9 Green Pledge dengan harapan ianya dapat menyemat jiwa cintakan amalan hijau dalam kehidupan dan memainkan peranan dalam pelancongan lestari dan menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pensyarah kursus bagi lawatan ini, Siti Zauyah Abu Bakar dan Rita Nurshahrizad Mohd Radzi berpuas hati kerana pelajar telah mendapat banyak input yang berimpak serta menyelami secara terus pengalaman. – SM