Nasional

171 individu ditahan dalam serbuan 20 rumah amal dipercayai eksploitasi kanak-kanak

POLIS menahan 171 individu selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan berkaitan siasatan eksploitasi agama dan kanak-kanak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan, kesemua yang ditahan dalam operasi Op Global dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sejumlah 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu dan 17 tahun dengan 201 daripadanya kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan diselamatkan dalam serbuan berkenaan.
Operasi itu susulan laporan pada 2 September lalu yang mendedahkan berlaku dakwaan kesalahan pengabaian serta penganaiayaan terhadap penghuni rumah amal terbabit termasuk kes seksual.
Setakat ini, lapan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa
Kesemua yang direman sehingga 14 September melibatkan penjaga, guru agama serta pengerusi kesemua rumah ama yang beroperasi di Hulu Selangor, Klang Utara, Shah Alam, Sepang, Kajang, Petaling Jaya, Subang Jaya.
Dua lagi rumah amal berkenaan itu dipercayai di Negeri Sembilan iaitu di Seremban dan Nilai.
Razarudin memaklumkan, modus operandi kepada kes berkenaan turut melibatkan doktrin yang disifatkannya sebagai ‘sangat tidak baik’ kerana menggunakan agama untuk menutup kejahatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button