Uncategorized

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini – Fadhlina

SEBANYAK 17 sekolah baharu dijangka beroperasi di tujuh negeri pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
“Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah meluluskan pembinaan 44 sekolah baharu berbanding 26 sekolah pada 2024. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding sembilan sekolah (dibina) masing-masing pada 2023 dan 2022 serta 11 (2021).
“Ia menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kemudahan pendidikan yang mencukupi,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button