Nasional
12 petugas KKM, 3 swasta dijangkit Covid-19, seorang dalam ICU
PETUGAS kesihatan seperti doktor dan jururawat paling terdedah dengan virus Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sehingga hari ini 12 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijangkitan virus maut tersebut. Seorang daripada mereka telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi. Bagi sektor kesihatan awam tiga orang petugas turut dijangkiti virus berkenaan.
“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.
“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” pesan Dr. Noor Hisham.-SM