fbpx
Politik

Zuraida sedia senarai 101 projek rundingan terus didedah

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diyakini tidak terlibat dalam projek rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Hal demikian projek sebanyak 101 itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelmarin.

Susulan itu, beliau diminta mendedahkan senarai projek dan syarikat yang menerimanya secara rundingan terus.

Bagaimanapun, Menteri, Zuraida Kamarudin memaklumkan beliau tiada masalah sekiranya bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng menggesa pendedahan senarai itu dibuat.

“Guan Eng boleh dedahkannya oleh kerana dia yang tahu. Dia mengaku tiada rundingan terus.


“Tetapi kita dapati perkara itu berlaku, jadi dia yang perlu dedahkan.”

Kata Zuraida kepada pemberita selepas berucap pada Forum Forum Kepimpinan Wanita bersempena Hari Wanita semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Tengku Zafrul bahawa terdapat 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion dilakukan kerajaan PH dahulu.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Guan Eng mendakwa projek tersebut tidak sebanyak seperti dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melibatkan jumlah RM139.4 bilion.

Malah tuduhnya lagi, beberapa menteri PH yang kini dakwanya berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut terlibat dengan projek rundingan terus itu.

Dakwaanya itu turut melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika PH memerintah.

Justeru, beliau juga mendakwa Tengku Zafrul takut mendedahkan perkara itu kerana dikatakan akan melibatkan Ahli Parlimen Pagoh.

Isu projek rundingan terus menggamatkan Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Covid-19 Langkah Sementara.

Ketika itu, beberapa Ahli Parlimen bangkit mencelah menyukarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Aziszan Harun mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham diperintah keluar dewan selepas enggan mendengar arahan Yang Dipertua. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button