Hiburan

Yuna puji Muss nyanyi lagu Dan Sebenarnya

SELAMA ini kita hanya kenal penyanyi Muss sebagai seorang penyanyi rock sama ada secara solo mahupun bersama kumpulan May.

Rasanya, belum pernah lagi kita menyaksikan Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din menyanyikan lagu bergenre lain di khalayak umum.

Semalam, Muss tampil dengan lagu yang dinyanyikan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna yang berjudul Dan Sebenarnya.

Lagu bergenre pop akustik itu dinyanyikan Muss dengan baik sehinggakan dia mendapat tempat pertama dalam persembahan semalam.

Menariknya, Muss tidak hanya dipuji oleh penonton dan juri sahaja, sebaliknya Yuna turut memuji persembahan penyanyi tersebut.

“Persembahan dia (Muss) adalah sesuatu yang sangat berharga dan dia lakukannya dengan begitu hebat,” kata Yuna.

Ciapan Yuna itu turut disokong peminatnya yang menyatakan bahawa Muss berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan gaya tersendiri.

Malah, ada juga netizen yang terkejut kerana Yuna tahu dan melihat persembahan Muss di Gegar Vaganza.

Dalam pada itu, GV7 semalam menyaksikan penyingkiran dua orang peserta sekali gus dan hanya 11 peserta berjaya meneruskan saingan ke minggu seterusnya.

Ternyata dua peserta iaitu kumpula Indigo dan Eva mendapat markah terendah dan gagal memikat hati juri sehingga kedua-duanya tersingkir.

Pada malam tadi, kumpulan Indigo mempersembahkan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel, manakala kumpulan Eva pula tampil dengan lagu Kini yang pernah dipopularkan oleh Feminin. -SM

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button