Hiburan

Seloka Lagenda mengimbau kenangan industri hiburan pada tahun 50an 

Persatuan Melodi Kenangan Artis & Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR) bakal mengadakan satu program seni iaitu Seloka Lagenda Waris Seni yang akan diadakan pada 13 Oktober 2023 di Grand Barakah Hotel Ampang.

Berkonsepkan ‘Dimana Tumpahnya Kuah Kalau tidak ke Nasi’, dimana darah seni mengalir kepada anak dan cucu penggiat seni.

Dirasmikan oleh, Jabatan Kebudayaan dan Kesiesian Negara, Hidayatul ‘Einen

Memperkenalkan aktiviti melalui sidang keilmuan konsep talk show bersama Seniwati, Seniman, Biduan, dan Biduanita berdasarkan lakonan filem, teater dan lagu-lagu kegemilangan mereka bermula tahun 50an.

Menampilkan aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud atu lebih dikenali Ogy beliau ialah seorang anak kepada seniman Dato‘ Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.

Begitu juga Yamani Abdillah yang kini namanya sedang meningkat naik iaitu anak kepada penyanyi Lagenda Datuk Jamal Abdillah.

Menurut pengarah dan penerbit program, Encik Amran Nasrudin, objektif program ini untuk mengangkat dan mengerakkan aktiviti anak seni melalui ikon Lakon, Muzik, Irama dan Tari.

Pengarah dan penerbit program, Encik Amran Nasrudin

‘’Dalam program ini saya semarakan dan saya ilmiahkan dalam konsep bual bicara yang tidak terlalu serius dalam masa yang sama turut adakan persembahan nyanyian, moderator di terajui oleh Azrul Zaidi Raja Lawak.

‘’Jualan tiket bermula RM88.00, RM68.00, RM48.00, termasuk hidangan koktel, persembahan akan diadakan selama 2 jam.

‘’Saya mengharapkan semua lapisan akan hadir, jika sesiapa membeli tiket awal kami akan berikan diskaun sebanyak 10%.’’ Katanya selepas perasmian Seloka Legenda yang berlangsung di Grand Barakah Hotel Ampang pada kelmarin.

Program ini juga mengimbau kembali penglibatan dan pengalaman artis legenda menjadi seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan penggubah lagu yang telah menyumbang kepada pendapat negara.

Dimeriakan lagi dengan nyayian

Selain itu, melalui persembahan pentas waris seni akan menyanyikan lagu hit ayah dan ibu mereka dan seterusnya lagu mereka sendiri.

Disamping itu program ini juga akan dimeriahkan lagi dengan jualan produk artis di selebriti corner untuk menbahkan lagi pendapat artis dengan hasil produk mereka sendiri.

Antara yang terlibat dalam Program ini adalah Fauziah Dato Ahmad Daud Waris Seniwati Saadiah & Ahmad Daud, Dilla dan Fairuz Husain Waris Seniman Husain Abu Hasan & Seniwati Mahyon Ismail, Hairi Cool Waris Keluarga Sophia Ibrahim, dan Osama Yamani Waris Dato‘ Jamal Abdillah.

Artikle Berkaitan :>

Artis bakal memeriahkan Langkawi di acara Perkampungan Pelancogan Seni Budaya

Teater Madu 3 Madu tampil kelainan pementasan di Hotel dihidang makanan!

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button