Nasional

Zul Ariffin Dipanggil Pihak Berkuasa, Disiasat Mengikut Seksyen 233 KMM!

Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ di laman sosial baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Annuar berkata, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting’ YouTube yang menyalahi undang undang,” katanya.

Katanya, beliau juga memaklumkan bahawa adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon itu tidak akan dibenar tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.


Pelakon Zul Ariffin sebelum ini memuat naik klip drama bersiri Perempuan Itu di Instagram yang dianggap keterlaluan hingga dikecam netizen.

Tindakannya itu mendapat kecaman pelbagai pihak sebelum beliau membuat permohonan maaf, semalam.

(Visited 241 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button