Berita GajetHiburanpilihan

Zuki Ali dilanjutkan kontrak sebagai KSU sehingga 10 Ogos 2024

Tan Sri Mohd. Zuki Ali terus dilantik selama dua tahun bagi memegang posisi Ketua Setiausaha Negara secara kontrak bermula 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu berdasarkan kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan.

“Adalah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak.

“Tan Sri Mohd. Zuki Ali, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 merupakan seseorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan

 

 

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button