HaiwanLuar Negara

Zoo di Poland sambut kelahiran bayi badak sumbu spesis terancam yang pertama

Zoo Wroclaw di Poland yang dalam usaha melindungi haiwan spesis terancam menyambut kelahiran seekor anak badak sumbu betina spesis terancam iaitu badak sumbu India pada 6 Januari lalu.

Ianya merupakan spesis badak sumbu India pertama dilahirkan di zoo ini dalam sejarah 155 tahun penubuhannya.

Bayi ini merupakan anak kepada pasangan badak sumbu India yang dijaga rapi di zoo ini juga iaitu Maruska yang berusia 7 tahun dan bapanya Manas yang berusia 11 tahun.

Menurut pengasas zoo, Radoslaw Ratajszczak, ini merupakan pertama kali Maruska menjadi ibu.

Sumber: 1 NEWS

“Maruska menjaga bayinya dengan baik, menyusukannya dan sangat berhati-hati menjaga bayinya yang berat lebih daripada 2 tan itu.


“Sebagai contoh, sekiranya Maruska mahu baring, dia akan berjaga-jaga supaya tidak mencederakan bayinya”, kata Ratajszczak dalam satu kenyataan.

Ratajszczak berkata setakat ini Maruska dan anaknya ditempatkan jauh dari orang ramai untuk tujuan keselamatan mereka.

Melalui program pelindungan yang dilancarkan pada tahun 1970-an, spesis badak sumbu India yang diancam kepupusan kini dilindungi dimana terdapat 3,000 badak sumbu India dipelihara termasuk 170 di 66 zoo seluruh dunia.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button