JenayahKemalanganNasional

Warga emas maut langgar lubang ‘puaka’

LUBANG ‘puaka’, tiada istilah lain yang sesuai bagi kerosakan jalan yang menyebabkan kemalangan sehingga mengakibatkan kematian.

Itulah ajal seorang penunggang motosikal warga emas yang maut selepas kenderaan yang ditunggangnya itu terbabas akibat terlanggar lubang hari ini.

Beberapa lubang kelihatan pada kerosakan di Jalan Connaught menghala ke Midvalley, Kuala Lumpur.

Memetik laporan MalaysiaGazette, mangsa dikenalpasti, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan itu, bilik gerakan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan, mayat mangsa dibawa ke bahagian Forensik, Hospital Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

Related Articles

Lapor portal itu lagi, alamat terakhir mangsa adalah Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

Insiden melibatkan jalan berlubang sebelum ini tular apabila Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau terjatuh akibat terlanggar lubang ketika sedang beriadah menaiki basikal di sekitar Banting, Selangor.

Susulan kejadian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Khairy akibat jalan berlubang itu.

Bagaimanapun, tindakan JKR itu dikecam netizen dalam media sosial yang mendakwa jabatan itu bersifat hipokrit kerana yang jatuh adalah seorang menteri. – SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button