fbpx
Luar Negara

Zindzi anak Nelson Mandela meninggal dunia

Zindi Mandela, anak perempuan pemimpin anti-apartheid Afrika Selatan Nelson dan Winnie Mandela, meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan (SABC).

Menurut SABC, Zindzi meninggal dunia pada awal pagi Isnin di sebuah hospital di Johannesburg.

Zindzi anak bongsu daripada tiga anak perempuan Nelson Mandela. Beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Afrika Selatan ke Denmark. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button