BanjirBencana alamNasionalNegeri

Projek dalamkan sungai, letak gabion di Bentong selesai – Young Syefura

PROJEK mendalamkan sungai, meletakkan gabion dan sebagainya di sekitar Bentong bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir selesai sepenuhnya.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura berkata, beliau sudah pun mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah itu pada 15 Disember lalu.

Antara intipati dalam pertemuan tersebut antara pihak JPS Bentong adalah perbincangan mengenai kerja semasa yang dilaksanakan oleh mereka.

“Saya dimaklumkan bahawa kesemua projek mendalamkan sungai, meletakkan gabion dan sebagainya di sekitar Bentong telah selesai sepenuhnya.

“Namun begitu saya meminta perhatian kepada keadaan saliran sungai di Pelangai dan Karak yang terus menyumbang kepada banjir yang berlaku,” katanya.

Young Syefura berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook miliknya sekali gus mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang telah memberi kerjasama yang baik.

“Semestinya saya akan berjumpa dengan Kementerian untuk memohon agar diberikan belanja tambahan untuk projek-projek yang membantu mengurangkan atau mengelak banjir berulang dikawasan perumahan penduduk,” katanya. – SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button