Sukan

Zii Jia harapan baharu badminton negara

MUNCUL Juara kejohanan All England malam menjadikan Lee Zii Jia harapan baharu untuk meletakkan badminton negara kembali dihormati dunia.

Selepas dominasi Datuk Lee Chong Wri, Malaysia seperti sudah ketandusan bakat baharu di peringkat antarabangsa dan Zii Jia membuktikan beliau mampu menggalas cabaran apabila mengetepikan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark.

Melangkah ke perlawanan dengan memikul harapan tinggi rakyat Malaysia, perseorangan lelaki No. 1 negara itu ada ketikanya kelihatan gugup apabila memberikan beberapa mata mudah kepada lawan terutama pada set kedua di mana pada satu ketika Zii Jia sudah mendahului 81-14 tetapi tewas 20-11.

Set pertama menyaksikan saingan sengit apabila pertarungan berlarutan hingga ke mata penghujung dengan Zii Jia menang 30-29. Itupun beliau banyak memberikan mata mudah kepada lawan.

Pada set ketiga, pemain muda negara itu membuktikan keunggulan untuk menang 21-9.


Kemenangan di Birmingham itu menjadikan Zii Jia, 22, berjaya menamatkan kemarau empat tahun Malaysia pada kejohanan itu. Kali terakhir pemain Malaysia muncul juara ialah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button