Sukan

Solksjaer akui MU sukar raih mana-mana kejuaraan

Pengurus kelab bola sepak Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa pasukannya menghadapi kesukaran untuk memenangi sebarang gelaran berbanding di bawah pengurus legenda Alex Ferguson.

Sepanjang di bawah pengurusan Ferguson selama 26 tahun, Mancester United telah memenangi 13 gelaran liga dan 23 piala keseluruhan di Old Trafford.

Namun, selepas musum terakhir Fergosan bersama Manchester United pada 2013, pasukan itu masih gagal menjuarai Liga Premier walaupun berjaya menjuari kejohanan Liga Europa (2017), Piala FA (2016) dan Piala EFL (2017).

Solskjaer mengakui secara jujur bahawa pasukannya sukar untuk menjuarai kedudukan liga.

“Cabaran kepada pasukan selalunya ialah Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Kebiasaannya hanya satu pasukan daripada kelompok ini sahaja yang menjadi halangan.

BACA> Luqman Hakim, jangan jadi bodoh

“Tetapi sekarang hendak mendapatkan tempat ketiga pun agak sukar kerana ada lima pasukan lain yang boleh menjuarai liga dan memberi cabaran untuk mendapatkan piala,” katanya seperti dilaporkan Sportskeeda.

Sementara itu, Solksjaer juga mengulas mengenai kombinasi pemain tengahnya iaitu Bruno Fernandes dan Paul Pogba.

Fernandes dan Pogba yang baru memulakan musik selepas pulih dari kecederaan pertama kali beraksi bersama ketika pasukan itu menang bertemu Sheffield United 3-0 di Liga Premier hari Rabu lalu.

manchester united

“Ada yang ragu dengan kombinasi duo ini sama ada mampu memberi hasil yang baik atau tak. Bagi saya, mereka beraksi dengan begitu cemerlang.

“Mereka berdua bermain dengan baik dalam latihan dan dalam permainan. Perkara itu sangat menggembirakan,” jelasnya.

Jelas Solksjaer, gandingan itu akan bersilih ganti daripada segi corak permainan untuk meningkatkan persefahaman mereka berdua.

Tambahnya, beberapa pemain lain seperti Nemanja Matic, Scott McTominay dan Fred juga beraksi dengan baik dalam pasukan.

Ujarnya, kemampuan kesemua mereka membuatkan dia agak sukar untuk membuat pilihan kesebelasan utama tetapi gembira dengan kemampuan pasukannya. -SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button