Politik

Zarul ligat raih sokongan 11,000 pengundi muda bantu PN menang di Simpang Jeram

MUAR 8 Mac – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ustaz Zarul Salleh yakin mendapat sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Menurutnya, beliau menyasarkan dapat menarik minat sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 11,000 pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali.

Beliau berkata, sokongan pengundi muda amat penting untuk membantu kemenangannya  serta membantu PN untuk membentuk kerajaan negeri Sabtu ini.

“Pengundi muda adalah sasarsn utama saya dan jentera parti. Kita sudah bertemu golongan ini melalui keluarga masing-masing.

“Walaupun susah nak dapatkan sokongan penuh golongan ini namun sekurang-kurang dapat separuh daripada 11,000 pun sudah mencukupi,” ujarnya.

Beliau ditemui pada program bersama rakyat di sebuah warung di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Batu di sini hari ini.

Begitupun Zarul berkata, beliau tetap gusar dengan sikap pengundi muda bimbang jika mereka tidak keluar mengundi Sabtu ini.

Kebimbanga  itu katanya, kerana mereka adalah pertama kali keluar mengundi dan tidak faham tentang politik negara.

“Apapun saya dan jentera parti ambil pendekatan terbaik untuk menemui mereka dan menyakinkan untuk keluar mengundi PN nanti,” ujarnya.

Tinggal beberapa hari menjelang Sabtu ini Zarul yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kawasan Bakri berkata, beliau akan meningkatkan gerak kerja mendekati pengundi.

Setakat ini katanya, beliau sudah menemui hampir 60 peratus daripada 40,000 pengundi berdaftar di DUN Simpang Jeram.

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button