
Zarina Anjoulie buat laporan polis nafi dakwaan curi kereta
Zarina Anjoulie membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dirinya mencuri sebuah kereta mewah.
Menganggap perkara itu sebagai fitnah, Zarina berkata, kenderaan tersebut diserahkan kepadanya atas kes ganti rugi yang masih belum diselesaikan.
Namun, katanya, pihak berkenaan tidak menjelaskan situasi sebenar.
“Saya sebenarnya memilih untuk berdiam diri sebelum ini mengenai isu saya dituduh mencuri dan menyorok kereta Mercedes Benz. Tapi ramai yang bertanya, video pun dah viral di Tiktok, jadi saya nak jelaskan cerita itu tak benar sama sekali.
“Kereta itu diberikan kepada saya sebagai cagaran kerana ada ganti rugi yang pihak tersebut perlu lunaskan tapi benda itu tak diceritakan langsung pihak sana. Semua bukti ada dengan saya,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Ekoran itu Zarina telah telah membuat dua laporan polis berkaitan pemilikan kenderaan tersebut serta tindakan pencerobohan dan fitnah yang dilemparkan oleh individu berkenaan.
“Semalam, pihak polis membuat serbuan ke rumah individu tersebut untuk penangkapan, tetapi dia dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.