Negeri

Pemodenan perkhidmatan, peningkatan kemahiran tenaga kerja perlu bergerak selari – Raja Muda Perlis

Pemodenan dalam sektor perkhidmatan perlu sentiasa diberikan perhatian selari tuntutan perkembangan dunia dan teknologi semasa. Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berdedikasi dan bermotivasi amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Begitu juga dengan penggunaan teknologi terkini yang dapat mempercepatkan lagi proses kerja, menjimatkan masa, tenaga, kos serta capaian yang lebih luas dan pantas.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan perniagaan nasi lemak yang diusahakan oleh Diaana Ghazali dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis di Pauh Putra sempena dengan Program MAIPs Peduli Khas Covid Bilangan ke 6 bagi tahun 2022.

Diaana yang berniaga di Km 9 Jalan Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Abi merupakan salah seorang penerima sumbangan modal pusingan untuk berniaga dalam projek peningkatan sosio ekonomi asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) baru-baru ini.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan berangkat singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih milik Abdul Manap Yaakub, Mohamad Desa Saad dan Siti Ruby Abu yang mana masing-masing menerima agihan zakat RM700 setiap seorang daripada MAIPs.

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button