NasionalNegeri

Raja Muda rasmi “Lorong UDA” di Kampung Warna Warni Kuala Perlis

uanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikankan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Mohd. Salem Kailany dan Suriani Datuk Ahmad telah berkenan merasmikan “Lorong UDA” di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Lorong UDA’ di Program Transformasi DiRaja Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Perasmian jalan tersebut dilakukan sempena ‘Kayuhan UDA Cares’ yang diketuai Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sebelum itu, keberangkatan tiba Baginda yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UDA Holdings Berhad (UDA), Datuk Sri Mohd. Salem Kailany.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai ‘Kayuhan UDA Cares’ di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Malaysia, Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad dan CEO Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Kayuhan amal ini merupakan inisiatif UDA yang merupakan agensi di bawah KUSKOP dengan kerjasama MAIPs.

Ia merupakan sebuah program Tanggungjawb Sosial Korporat (CSR) dalam usaha menghulurkan bantuan kepada warga asnaf terpilih di Program Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Para penduduk setempat mendapat bantuan dan sumbangan dari UDA seperti cat dan beberapa keperluan lain bagi tujuan mencantikkan dan menambah baik di kawasan sekitar lorong berkenaan.

Program CSR ini juga adalah sebahagian daripada pengisian Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI selama tiga hari bermula 23 sehingga 25 Februari di Tapak Pasar Tani Kekal, Simpang Empat, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang berkenan mengetuai ‘Kayuhan UDA Cares’ di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis turut mempromosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Raja Muda juga berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 pada setiap penerima daripada UDA dan RM700 lagi dari MAIPs kepada tiga asnaf terpilih.

Penerimanya adalah Mat Arif, Cee Som @ Nang Che Som Lisa Hashim dan Sulaiman Awang. – SM

BACA Pesuruhjaya Tinggi Australia “teroka” keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

BACA 150 orang pelukis antarabangsa lakar karya di Kampung Warna Warni Kuala Perlis

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button