Nasionalpilihan

KM Melaka nasihat Rais buat laporan polis

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh perlu mengarahkan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kanan yang terpalit dakwaan rasuah seks membabitkan seorang wanita untuk segera membuat laporan polis bagi membuktikan beliau difitnah seperti didakwa.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, Ab. Rauf perlu berani mengambil tanggungjawab itu bagi membersihkan imej kerajaan negeri pimpinannya.

“Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin juga tidak seharusnya berdiam diri jika beliau rasa dirinya difitnah dan beliau perlu membuat laporan polis untuk menghentikan tohmahan terhadapnya.

“Sebagai Ketua Menteri yang baharu memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri, Datuk Seri Ab Rauf yang baru dilantik sebagai ketua menteri mesti tunjukkan imej yang baik di kalangan rakyat dan memastikan barisan Exco adalah pemimpin yang benar-benar bersih.

“Cuma Rais perlu buat laporan polis untuk bersihkan nama baik kerajaan negeri Melaka dan kita akan beri sokongan penuh kepada ketua menteri jika beliau berani ambil tanggungjawab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Rais apabila menafikan beliau terlibat rasuah seks yang dikaitkan terhadapnya, namun tidak membuat sebarang laporan polis untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali turut mendesak Rais mengambil tanggungjawab sama meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu yang dikatakan fitnah oleh musuh politiknya.

“Rais mesti buat laporan polis bagi menghindari apa juga fitnah yang dilemparkan terhadapnya dan namanya mesti dibersihkan.

“Jika ini dapat dilakukan beliau akan lebih mudah untuk melaksanakan tugas sebagai exco,” ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu akan membuat laporan polis hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat isu berkenaan selain bertujuan membersihkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu.

Semalam, Rais yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menyifatkan dakwaan rasuah seks melibatkannya adalah untuk menjatuhkan karier politiknya. – SM

Artikel berkaitan > Dakwaan perbualan WhatsApp, video tular sengaja direkacipta – Rais

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button