Politik

Zambry Dilantik Semula Setiausaha Agung BN, Johari Abdul Ghani Sebagai Bendahari

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung parti.

Pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan BN dan dilaksanakan selaras dengan Fasal 8.3 (D) dan Fasal 8.3 (E) Perlembagaan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan malam tadi, Zambry berkata bahawa mesyuarat tersebut mencerminkan iltizam kolektif parti untuk terus menjadi wadah politik yang inklusif serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen.

“Mesyuarat Agung Tahunan 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguh tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional,” katanya.

BN turut menyatakan kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah, yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. Parti itu menegaskan bahawa kestabilan politik di Sabah merupakan keutamaan demi menjamin keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button