Hiburan

Zamarul Hisham, Diana Rafar teruja timang cahaya mata ketiga

SALAM tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon, Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang selamat menimang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, kelmarin.

Bayi lelaki seberat 3.57 kilogram itu adalah cahaya mata ketiga mereka selepas Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun.

Menurut Zamarul, dia mengucapkan syukur kerana semua proses kelahiran itu berjalan dengan lancar.

Syukur Alhamdulillah atas kelahiran anak ketiga ini. Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami.

“Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuatkan papa terasa semakin muda.


“Terima kepada kepada peminat yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan ‘baby’ nak keluar 16 hari bulan, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

Sementara itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diberikan.

“Terima kasih Allah. Terima kasih semua yang mendokan kami. Syukur Alhamdullilah atas segala nikmat dan kurnia Allah.

“Semoga Allah balas jasa baik semua yang tak putus mendoakan kami. Sayang anda semua,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada pada 2009 selepas lapan tahun menyulam cinta bersama.

Selain itu, mereka juga pernah disahkan bercerai talak satu pada 14 Februari 2015 sebelum membuat keputusan untuk rujuk semula selepas sebulan berpisah. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button