Hiburan

Zaki Yamani pendam rindu pada bapanya, Datuk Jamal Abdillah

DILAHIRKAN sebagai salah seorang waris atau zuriat kepada anak seni, tidak kiralah pemuzik, penyanyi atau pelakon, kehidupan yang ditempuhi tidak sama dengan kehidupan mereka yang diluar kepompong ini.

Luahan rasa dan perasaan anak-anak boleh disalah tafsir oleh masyarakat atau individu itu sendiri namun hanya mereka yang faham sahaja, memahami perasaan Zaki Yamani.

Apabila rumahtangga yang dibina gagal diselamatkan, anak-anak tidak boleh meletakkan diri mereka sebagai mangsa sebaliknya perlu bangkit dan berusaha memperbaiki diri dan kehidupan.

Seperti Zaki Yamani yang tinggal bersama ibunya, dia bijak mengatur hidup dengan menjalankan perniagaan atau bisnes kedai kopi.

Dalam usia 16 tahun, Zaki Yamani cuba berdikari dan mencari sumber pendapatannya sendiri dan tidak bersandarkan kepada gahnya nama bapanya, Datuk Jamal Abdillah.

Perlu memandang dari sudut positif kedudukan Zaki Yamani yang juga mempunyai bakat sebagai penyanyi.

Memang ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Dan ada adakalanya, jejak langkah ibu atau bapa yang tergolong dalam anak seni, tidak semestinya menjadi langkah atau ikutan anak-anak.

Kehadiran Zaki Yamani sebagai penyanyi baharu harus diberikan sokongan kerana beliau berdiri atas bakatnya sendiri.

Cuma di bulan yang mulia ini, adakalanya rasa rindu terhadap bapa tidak dapat dibendung oleh Zaki Yamani dan alasan, bapanya sibuk adalah satu-satunya alasan memujuk jiwa dan dirinya.

Membawa pelbagai tafsiran sibuk, Zaki Yamani tidak pernah memaksa bapanya untuk bertemu dengannya dan memahami keadaan hari ini berkaitan dengan Raja Pop itu yang mempunyai keluarga baharu.

Cuma sebagai seorang bapa, jangan dilupakan anak-anak walaupun ada cahaya mata yang baharu kerana semua berbin atau berbintikan nama yang sama!

Zaki Yamani perlu bijak memilih kehidupan yang dilaluinya hari ini dan hari-hari mendatang. Jangan rasa diri jauh dari bapa, kalau ada jurang, rapatkanlah.

Fokus kepada kedai kopi, Ngopi Dulu Yop di Kajang, Selangor dan nyanyian. Semuga Zaki Zamani berjaya dalam kedua-dua bidang yang diceburinya. – SM

(Visited 601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button