Ekonomi

BNM & MPC harus cerita tentang OPR dalam ‘bahasa mudah’ – Rosni Zahari

Wanita UMNO Malaysia menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi penjelasan dalam ‘bahasa mudah’ mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari berkata, disebabkan perkara ini melibatkan rakyat, BNM harus memberi penjelasan mengenai signifikan OPR dinaikkan sehingga tiga peratus.

“Sehingga hari ini, BNM telah memberikan penjelasan yang terlalu teknikal dan kurang difahami sehingga menimbul persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan.

“Kesan kenaikan OPR secara agresif telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan membebankan peminjam terutama golongan B40,” katanya.

Rosni berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas kenaikan OPR kali kelima yang menjadi kegusaran awam sejak ia dilaksanakan secara tiba-tiba bermula Mei 2022.

“Wanita UMNO mendesak BNM agar memberi jaminan bahawa tiada lagi kenaikan OPR dalam masa terdekat dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar.

“BNM dicadang untuk mengambil jalan tengah dan mempunyai sedikit empati dengan mengarahkan semua bank agar memberi pengecualian kenaikan ini kepada golongan sasar atau terjejas,” katanya. – SM 

Artikel berkaitan > Apa individu perlu lakukan bila OPR naik?

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button