Hiburan

Kerana Covid-19, M. Nasir tak dapat bertemu ayah buat kali terakhir

BAPA kepada penggiat seni terkenal, Datuk M. Nasir telah dilaporkan meninggal dunia di Singapura kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Allahyaram Mohamed Sam meninggal dunia di usia 69 tahun dan difahamkan akibat sakit tua.

Namun, apa yang menyedihkan ialah apabila M. Nasir tidak dapat pulang untuk bertemu ayahnya buat kali terakhir akibat Covid-19.

Isteri M. Nasir iaitu Marlia Musa berkata, dia dan ahli keluarga yang lain sudah berusaha untuk membuat permohonan ke Singapura sebelum ini.

Namun, permohonan itu tidak lepas dan M.Nasir juga akur dengan keputusan tersebut akibat pandemik Covid-19.

“Kami sudah bersedia daripada segi mental kerana Allahyarham sudah sakit lebih sebulan yang lalu.

“Cuma sebelum ini Allahyarham masih kelihatan sihat walaupun sudah uzur dan itu yang membuatkan kami terkejut,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurut Marlia, kali terakhir dia dan suami berjumpa dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun yang lalu.

Buat masa ini, jenazah Allahyarham diuruskan oleh adik beradik M.Nasir yang berada di Singapura. -SM

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button