Politik

Setiausaha akhbar nafi Muhyiddin Yassin ditahan SPRM petang tadi

MAKAN boleh sebarang makan, cakap jangan sembarangan. Petang tadi, sebuah portal berita tempatan melaporkan, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau berada di padang golf.

Muhyiddin yang juga Presiden parti Bersatu dilaporkan oleh portal berita berkenaan, ditahan ketika sedang bermain golf di salah sebuah kelab golf di Selangor.

Sejurus berita yang memetik sumber itu tersebar, salah seorang pembantu Muhyiddin tampil menafikan penahanan bekas Perdana Menteri itu oleh SPRM.

Setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim ketika dihubungi oleh FMT untuk bertanyakan tentang kesahihan berita itu, telah menafikan Pengerusi PN itu ditahan.

“Tak betul. Dia tidak ditahan hari ini,” katanya kepada FMT.

FMT seterusnya melaporkan, sementara itu, sumber SPRM memaklumkan Muhyiddin dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya esok.

Dalam pada itu, nasib akaun Bersatu sama sahaja seperti yang pernah dilalui oleh UMNO suatu ketika dahulu. Akaun parti Bersatu dibekukan oleh SPRM sebulan lalu.

Pembekuan akuan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Pemimpin Bersatu lain yang ditahan SPRM setakat ini termasuk Bendahari Agungnya, Salleh Bajuri, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Kita tunggu perkembangannya esok. – SM

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button