Politik

Zahidi Zainal Abidin jadi calon Bebas pertahan Parlimen Padang Besar, DUN Titi Tinggi

KUBU kuat Barisan Nasional (BN) Padang Besar juga terpalit dengan kontroversi apabila bekas Ahli Parlimennya, Datuk Zahidi Zainal Abidin digugurkan dari senarai calon parti komponen ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zahidi yang mengaku akan tetap bertanding ini terus bermain teka-teki sehinggalah muncul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Padang Besar di Dewan Tuanku Syed Putra, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri, Padang Besar hari ini.

Akhirnya beliau membuat keputusan muktamad bertanding sebagai calon Bebas sekaligus menamatkan desas-desus yang mengatakan akan memilih mana-mana parti komponen.

Zahidi masih memilih untuk mempertahankan Parlimen Padang Besar sekaligus akan berdepan pertandingan empat penjuru.

Beliau akan menentang bekas rakan separtinya dahulu, Zahida Rafik Khan (BN), Ko Chu Liang (Warisan), Kapten (B), Mohamad Saad @ Yahaya (Amanah) dan Rusydan Rusmi dari Pakatan Nasional (PN).

Zahidi juga memilih untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi di mana akan bertembung dengan pertandingan lima penjuru.

Calon di DUN Titi Tinggi lain adala Teh Cher Ann (BN), Khaw Hock Kong (Warisan), Ilzizam Ibrahim Adi (PN), Teh Seng Chuan (PH) dan Amran Kamaruddin dari parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Chuping, Asmaiza Ahmad (BN) akan dicabar calon muda keturunan Siam iaitu Natthavuth Seng (PH) dan Saad Seman (PN).

Siti Berenee Yahaya calon BN selaku penyandang kerusi DUN Mata Ayer akan ditentang oleh Amran Kamaruddin (PH) dan
Wan Badariah Wan Ahmad (PN).

Rozaini Rais calon BN selaku penyandang kerusi DUN Beseri akan menghadap pertandingan tiga penjuru iaitu Mohd Shamim M Nordin (Warisan), Mat Safar Saad (PH) dan Haziq Asyraf Dun (PN).

Penyandang DUN Santan, Azizan Sulaiman yang merupakan calon BN akan ditentang Azmir Azizan (PN) dan  Che Mazlina Che Yob (PH). – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button