Hiburan

Anak Azmi Saat yang dinantikan selama 10 tahun meninggal dunia

Penyanyi, Azmi Saat memaklumkan cahaya mata sulungnya yang baru dilahirkan dua hari lalu telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan Azmi menerusi status di akaun Instagram miliknya.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan, tunggu kami di syurga ya,” katanya.

Sebelum itu, Azmi sempat meminta orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

Sebelum ini, Azmi dan isteri menunggu selama 10 tahun untuk dikurniakan anak sehinggalah isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan.

Dalam pada itu, Azmi menyatakan dia reda dengan ketentuan meskipun apa yang berlaku dan berharap agar anaknya berada dalam keadaan sihat. -SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button