Hiburan

Gary Ratnam bekas deejay Traxx.FM meninggal dunia

BEKAS deejay Traxx.FM, Gary Ashraf Ratnam Abdullah, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seremban, hari ini.

Memetik laporan ASTRO AWANI, sumber memberitahu, setakat ini jenazah allahyarham masih ditempatkan di bilik mayat Hospital Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.

“Bedah siasat mungkin dilakukan pagi esok,” kata sumber berkenaan.

Rakan Allahyarham yang juga deejay TraxxFM, Nigel Green ketika dihubungi  memberitahu, dia terkejut menerima berita kematian Gary.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah kira-kira dua tahun lalu,” kata Nigel sambil menyifatkan allahyarham seorang yang periang dan peramah.

Allahyarham dikatakan memeluk Islam selepas berkahwin dengan pilihan hatinya.

Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim mengesahkan, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.

“Setiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya dan disahkan telah meninggal dunia,” kata beliau.

Mohd. Said berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Gary sebelum ini popular dalam program Morning Zoo dengan panggilan ‘Gary, the Scamboy’ di Traxx FM bersama rakannya ‘1 Singh’ yang diperkenalkan pada 2011.

Traxx.FM merupakan radio berbahasa Inggeris di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM). – SM

(Visited 867 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button