Jenayah

Lelaki rakam video remaja dalam tandas wanita dicekup

POLIS menahan seorang pekerja teknologi maklumat (IT) selepas dipercayai merakam video seorang remaja perempuan dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Lelaki itu dicekup polis semalam dan kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa.

Beliau berkata, pengadu dimaklumkan anaknya yang berusia 14 tahun ternampak satu telefon bimbit diletakkan di tingkap antara tandas lelaki dan wanita pada pukul 6.45 petang.

“Ketika remaja perempuan itu bertanyakan kepada seorang lelaki berusia 33 tahun sama ada dia merakamnya ketika berada di dalam tandas, lelaki terbabit terus bertindak melarikan diri sebelum dikejar wanita berkenaan bersama anak perempuannya,” kata Fakhrudin.

Beliau berkata, lelaki terbabit bertindak menolak anak perempuan pengadu sehingga menyebabkannya terjatuh.

“Remaja perempuan itu kemudian mengambil telefon bimbit suspek dan membalingnya kepada ibunya,” ujar Fakhrudin seperti laporan Harian Metro.

Fakhrudin berkata, pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan berjaya menahan lelaki terbabit sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dilakukan pada telefon bimbit suspek mendapati dia merakam video remaja perempuan itu yang berada dalam tandas,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis dan hasil soal siasat yang dilakukan,  suspek mengaku merakam video remaja berkenaan di tandas pusat beli-belah terbabit.

Semua rakaman berkenaan masih disimpan di dalam telefon bimbitnya, kata Fakhrudin.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya. – SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button