Politik

Zahid tawar Parti Punjabi Malaysia sertai BN

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sedia mempertimbangkan permohonan Parti Punjabi Malaysia (PPM) menyertai gabungan itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gabungan itu perlu terbuka kepada sebarang kemungkinan bagi mengukuhkan kedudukannya.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri disambut pada majlis sambutan Vaisakhi,semalam.

Bagaimanapun, parti komponen BN terlebih dahulu perlu bersetuju meminda perlembagaan gabungan itu sebelum membenarkan parti lain menyertai mereka.

“Jika parti komponen BN lain bersetuju, “Friends of BN” juga akan diterima sekali gus mengukuhkan gabungan itu”, katanya pada sambutan Vaisakhi,semalam.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis sambutan Vaisakhi,semalam.

“Friends of BN” terdiri daripada PPM, Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.

Zahid turut mempelawa Presiden PPM, Gurjeet Singh Rhande yang hadir pada majlis malam tadi mempertimbangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Beliau perlu mengenal pasti kerusi yang ingin ditandinginya,” katanya. – SM

BACA Zahid Hamidi suntik semangat baharu KKDW

BACA Belajarlah hormati rakan komponen lain – TPM Zahid Hamidi

 

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button