Gajet

vivo V27 dijual pada harga bermula RM1,799

vivo, sebuah syarikat teknologi antarabangsa terkemuka, telah memperkenalkan vivo V27. Ia merupakan satu penambahan pakar potret tahap perdana terkini kepada siri V yang bergaya.

Dilengkapi dengan Sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk warna yang bergaya, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung 3D, vivo V27 adalah telefon pintar lengkap untuk pengguna yang ingin merakam setiap detik kehidupan mereka yang mengujakan.

vivo V27 direka dengan mengambil kira gaya hidup bergaya penggunanya. Kamera perdana dengan Sistem Potret Cahaya Aura meningkatkan pengalaman fotografi melalui integrasi fotografi optik dan pengkomputeran.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) yang membolehkan pengguna merakam video dengan butiran yang terang dan jelas dalam persekitaran yang gelap.

Warna telefon pintar baharu ini lebih memukau dan menarik, dengan setiap satu menawarkan pengalaman visual yang berbeza dengan mempergunakan Kaca Zamrud dan Kaca AG Fluorit. Cip 4nm generasi baharu memacu prestasi berkuasa peranti dan meningkatkan pengalaman pengguna.

vivo V27 juga mempunyai skrin melengkung 3D 6.78” dan dilengkapi dengan hayat bateri yang tahan
lama.

“vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan teknologi terkemuka seperti Sistem Potret
Cahaya Aura dalam telefon pintarnya untuk meningkatkan prestasi dan pengalaman pengguna.

vivo V27 terbaharu dilengkapi dengan kamera perdana, keupayaan video dan cip 4nm
berprestasi tinggi yang akan membantu pengguna yang menjalani kehidupan sosial yang aktif
merakam dan berkongsi detik istimewa,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

“Telefon pintar siri V terkenal dengan keindahan estetiknya dan vivo telah meneruskan inspirasi
inovatif ini dengan menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna dan Kaca AG
Fluorit pada vivo V27.

Baca Artikel Berkaitan > vivo V27 5G tampilkan sensor Sony IMX766V peringkat perdana

Capai video bercahaya malap lebih jelas dan rakam vlog seperti profesional vivo V27 menggabungkan dua fungsi video untuk hasil yang lebih baik – Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS+EIS).

Video Malam Super mengurangkan hingar dalam rakaman malam dan menjadikan video kelihatan lebih terang, manakala Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) membuat pengiraan dan menstabil pergerakan sehingga 10,000 kali sesaat, memberikan pengguna rakaman yang lebih lancar, stabil dan jelas.

Ciri Vlog Movie Creator menawarkan pengalaman penciptaan video sehenti baharu, menyediakan 24 templat dengan kesan video yang pelbagai untuk menunjukkan kepada pengguna cara merakam objek, orang atau landskap, bersama-sama dengan panduan masa nyata untuk pergerakan kamera.

Ia juga membolehkan pengguna mengedit video dengan lebih cekap dengan peluncur masa terbina di dalam, membolehkan pengguna memotong dan memadam segmen video yang tidak diingini dengan mudah.

Vlog Movie juga dilengkapi dengan pengoptimuman potret untuk meningkatkan tekstur kulit, fokus, pencahayaan dan penstabilan untuk memastikan subjek dalam video kelihatan terbaik.

Baca Artikel Berkaitan > Tiga koleksi warna vivo V27 5G yang cantik dan bergaya eksklusif

Cip prestasi-tinggi melancarkan pertukaran aplikasi vivo V27 menampilkan pemproses canggih 4nm, penggunaan kuasa yang sangat rendah, kelajuan pemprosesan yang lebih tinggi dan peningkatan prestasi yang ketara berbanding generasi sebelumnya.

Ia dilengkapi dengan Extended RAM 3.0 2 yang menyokong sehingga 8GB RAM maya, bekerjasama dengan cip 4nm untuk membantu pengguna bertukar aplikasi dengan lancar dan menyimpan data. Pengumpulan aplikasi dinamik, pemampatan data dan algoritma pengagregatan data dengan tepat memampatkan dan memproses data aplikasi di latar belakang, meningkatkan bilangan aplikasi terbuka aktif sambil mengurangkan penggunaan
dan pemakaian sumber untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Visual skrin menakjubkan

Menampilkan skrin melengkung 3D 6.78”, vivo V27 memberikan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dan menarik dengan kadar segar semula 120 Hz, 1.07 bilion warna dan kecerahan dan kontras ultra tinggi. Skrin melengkung 3D menawarkan butiran terperinci, menawarkan pengguna pengalaman visual mengasyikkan seperti di pawagam.

vivo V27 ialah telefon pintar skrin melengkung paling nipis dan paling ringan dalam sejarah vivo, dengan
ketebalan 7.36mm dan berat 180g 3 , memberikan genggaman telefon yang selesa.

Hayat bateri lebih panjang memberi lebih kegembiraan vivo V27 dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP), dan membolehkan kuasa pengecasan 66W dengan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5% menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.

Disokong lagi dengan sistem penyejukan canggih, telefon boleh dicas hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja semasa skrin dimatikan 4 .

Bateri ini membolehkan pengguna memainkan video, muzik, permainan atau semudah kekal berhubung
secara berterusan untuk lebih lama, dan mempunyai jangka hayat dua kali ganda berbanding
standard industri.

Baca Artikel Berkaitan > Harga vivo V27 5G dalam pasaran Malaysia

 

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button