Nasional

Zahid sindir KJ pasal pemakaian pelitup muka

MENJELANG fasa endemik Covid-19 pada 1 April ini, pemakaian pelitup muka (face mask) tidak lagi diwajibkan tetapi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin masih mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika tampil berucap di flat Larkin, Johor Bahru berkata, Menteri Kesihatan perlu melihat bagaimana negara lain menangani situasi Covid-19 dan mencadangkan Malaysia tidak perlu meneruskan arahan wajib memakai pelitup muka.

“Apabila saya pergi ke Jerman ia adalah sebaliknya. Orang ramai tidak perlu memakai pelitup muka mereka ketika berada di luar,” kata Zahid seperti dilaporkan MalayMail.

Berdasarkan laporan tersebut, di sebalik dakwaan Zahid itu, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di Jerman dan akan diteruskan sebagai salah satu langkah asas yang akan kekal walaupun kebanyakan sekatan akan ditarik balik pada 20 Mac ini.

Sementara itu, saluran berita Jerman, The Local, tinjauan di negara itu di mana 52% responden Jerman berkata, mereka akan terus memakai pelitup muka walaupun arahan ditarik balik.

Sebanyak 79% pula mengatakan mereaka akan terus berbuat demikian dalam pengangkutan awam dan 76%, di kedai.

Memetik semula laporan MalayMail, Zahid berkata, “mengapa kita masih perlu memakai pelitup muka di luar selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat?

“Mengapa kita perlu bernafas dalam nafas kita sendiri di luar?

“Saya cadangkan Khairy melawat negara lain untuk melihat bagaimana mereka melakukannya,” katanya.

Untuk rekod, antara negara yang telah menghapuskan pemakaian pelitup muka ialah Amerika Syarikat (AS), Iceland, Itali dan Korea Selatan.

Negara yang sekatan telah dilonggarkan, pelitup muka masih diperlukan di tempat yang sesak atau dalam rumah atau bagi mereka yang tidak divaksin. – SM

(Visited 782 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button