Politik

Bersatu tidak bertanding di PRN Sarawak, akan bantu calon GPS

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan meletakkan calon pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presdien Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menurutnya keputusan itu dibuat ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, Bersatu akan membantu GPS dalam pilihan raya negeri berkenaan.

“Kita sudah ada perbincangan dengan Abang Johari beberapa hari sebelum pengumuman PRN Sarawak dibuat.

“Kita bincang di peringkat parti, yang kita tidak akan bertanding di PRN Sarawak. Kita dah buat keputusan. Yang penting kita nak tentukan parti di Sarawak menang dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan BERSATU Bahagian Pagoh, di Dewan Serbaguna Lenga, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan memaklumkan, parti itu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN Sarawak 2021.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember, manakala tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.-SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button