Nasional

MPJ bayar RM3 tangkap seekor tikus mulai esok

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 13 Julai – Penduduk di Jasin, Melaka berpeluang menambah pendapatan sampingan jika berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati kerana setiap seekor akan dibayar RM3 oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mulai esok.

Sapiah Haron

Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata, penduduk di Jasin boleh menghantar tikus berkenaan di pejabat MPJ dan menuntut ganjaran yang dijanjikan mulai pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari melainkan Sabtu serta Ahad.

Menurutnya, ganjaran itu diberikan bagi menarik minat penduduk di daerah ini bagi menjayakan Kempen Membasmi Tikus itu 2022 yang telah bermula esok sehingga 17 Ogos ini.

Katanya, lokasi lain untuk menghantar tikus terbabit boleh dibuat di Pasar Awam Merlimau iaitu pada 21 Julai dan 4 Ogos.

“Orang ramai boleh menghantar seberapa banyak tikus yang ditangkap dan setiap seekor ganjarannya ialah RM3.

“Kita tidak hadkan jumlah tikus, lagi banyak tikus dibawa sudah pasti ganjaran besar boleh mereka perolehi.

“Usaha ini adalah langkah terbaik bagi mengalakkan orang ramai untuk membantu MPJ membasmi haiwan ini sama ada di rumah atau premis restoran,” ujarnya di sini hari ini.

Sapiah berkata, kempen berkenaan dapat membantu penduduk dan pemilik kedai untuk memastikan premis mereka berada dalam keadaan bersih tanpa kehadiran haiwan tersebut.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi mengurangkan populasi tikus itu selain daripada usaha menggunakan perangkap dan racun.

“Kempen ini mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk yang menghubungi MPJ dan kakitangan saya maklumkan mereka bertanyakan lokasi untuk menghantar dan menuntut ganjaran RM3 itu,” ujarnya.

Katanya, segala usaha itu tidak akan berkesan jika orang ramai dan kawasan komersial termasuk premis makanan masih dalam keadaan kotor.

(Visited 425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button