Nasional

Kes Baharu Covid-19: Kuala Lumpur atasi Sabah, Selangor

KUALA Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes atau 37.7 peratus daripada keseluruhan kes baharu sebanyak 1,308 kes.

Sebanyak 473 kes yang berlaku di ibu negara adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja yang melibatkan tapak-tapak pembinaan. Jumlah tersebut termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia

Sabah mencatatkan negeri kedua tertinggi iaitu 290 kes termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lima

Selangor pula mencatatkan sebanyak 238 kes baharu termasuk lapan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan.

Daripada keseluruhan kes baharu hanya satu kes merupakan jangkitan tempatan sementara 1,333 kes sembuh direkodkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,481 kes.

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kara Dr. Noor Hisham.

Sementara itu tiga kes kematian dilaporkan berlaku di Perak, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Perak melibatkan lelaki berusia 64 tahun yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaiusri Bainun, Ipoh.

Di Negeri Sembilan dilaporkan seorang lelaki berusi 89 tahun meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Sementara seorang wanita berusia 53 tahun bukan warganegara Malaysia meninggal dunia di Hospital Tawau.

Dalam pada itu empat kluster baharu telah dikenal pasti iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia, Kluster Batu Lima, Kluster Yayasan dan Kluster Hilir.

Kluster Tapak Bina Sungai Mulia melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 hari ini hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan.

Sehingga hari ini sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Batu Lima melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-50994) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 19 November hasil saringan individu bergejala.

Sehingga hari ini sejumlah 118 individu telah disaring di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Yayasan melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke- 52340) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 20 November hasil saringan individu bergejala.

Sehingga hari ini sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster Hilir melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan.

Kes indeks (iaitu kes ke-58845) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga hari ini sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 183 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Awan Baru (367 kes), Kluster Bintang (76 kes) dan Kluster Bayam Indah (52 kes),” kata Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button