Kemalangan

Lori ‘sauk’ motor polis serta kenderaan lain, dua maut dan tujuh cedera!

Dua maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Persiaran Utara, Putrajaya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya, insiden melibatkan dua buah lori selain dua buah kereta dan dua buah motosikal.

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya kepada media. – SM

BACA Pemandu lori maut, dua cedera dalam nahas NSE

BACA Dua maut kereta berlanggar dengan lori 5 tan

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button