Rencah Hidup

YB Mohd. Zawawi kebanggaan SAMTTAJ Shah Alam – Pengerusi Alumni

SEJAK dibangku sekolah lagi, individu ini telah menunjukkan sikap dedikasi dan penglibatan dalam kerja-kerja persatuan.

Tidak hairanlah jika hari ini, Mohd. Zawawi Mughni yang pernah menuntut di Sekolah Agama Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam, Selangor dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selagor.

Menurut Pengerusi Persatuan Alumni SAMTTAJ Shah Alam (ASSA), Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin, pencapaian Mohd. Zawawi adalah suatu yang membanggakan.

“Adalah satu kebanggaan kepada persatuan kerana Yang Berhormat Zawawi adalah bekas pelajar SAMTTAJ Shah Alam. Beliau ialah batch SPM tahun 1987 dan julung kali dilantik sebagai exco.

“Pelantikan ini juga menjadi inspirasi kepada pihak sekolah khususnya para pelajar sekolah agama kerana beliau mampu menjadi contoh dan pemimpin yang baik lagi adil,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Beliau berharap Zawawi dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, dapat melakukannya dengan cemerlang demi kemakmuran rakyat negeri itu.

Sedikit latar belakang Mohd. Zawawi, beliau menamatkan pengajiannya di SAMTTAJ Shah Alam pada tahun 1987 sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Selain sebagai Exco, Mohd. Zawawi juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis.

Beliau juga berpengalaman sebagai seorang Konsultan Latihan dan menguruskan sekolah tahfiz serta Rumah Perlindungan Wanita di Klang. – SM

(Visited 773 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button