Politik

Zahid Hamidi tidak jelaskan bilakah surat akuan diserahkan kepada Agong

SEHINGGA kini 12 Ahli Parlimen UMNO termasuk 11 telah menandatangani surat akuan menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkuatkuasa serta merta.

Penarikan 11 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media petang ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau telah kemukakan kepada Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah berhubung warkah-warkah akuan tarik diri tersebut.

Ahmad Zahid dalam sidang media yang sama menyatakan, surat akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Datuk Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri telah pun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.”

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan berapa orangkah dan bilakah warkah berkenaan diserahkan kepada Agong Al-Sultan Abdullah.

Bagaimana pun beberapa sumber menyatakan 10 orang ahli Parlimen UMNO terbabit menghantar surat tersebut iaitu terdiri daripada Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Najib Abdul Razak (Pekan), Azalina Said Othman (Penggerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling), Noh Omar (Tanjung Karang) , Ahmad Nazlan Idris (Jerantut),  Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian). – SM

 

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button