Nasional

Pelari rebah sebelum sampai di garisan penamat di Langkawi Int’l Half Marathon

Seorang pelari dalam acara Separuh Maraton Antarabangsa Langkawi (LIHM) 2022 rebah ketika menghampiri garisan penamat pagi tadi.

Dia kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata Nik Mohd Faiz yang berlari dalam acara itu menghampiri garisan penamat apabila tiba-tiba rebah.

Pasukan Pertahanan Awam dan anggota perubatan bergegas membantunya.

“Dia diberi pertolongan cemas termasuk CPR sebelum dibawa melalui ambulans ke Hospital Sultanah Maliha (HSM),” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Mohd Aziz bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis kemudian memaklumkan kejadian itu kepada isterinya.

Ujian Covid-19 ke atasnya ternyata negatif. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk bedah siasat.

Shariman berkata kes itu telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button