Politik

Zahid Hamidi terus didesak untuk meletakkan jawatan

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk’Seri Zahid Hamidi terus didesak meletakkan jawatan oleh ahli UMNO kerana mengalami kekalahan yang teruk dalam sejarah Pilihan raya ke 15.

Dalam satu kenyataan Pengerusi naib ketua UMNO, Dato Muhammad Anuar menjelaskan bahawa ahli UMNO sama sekali tidak bersetuju untuk bergabung bersama Pakatan Harapan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti DAP yang dianggap sebagai pengkhianatan.

Malah Datuk Seri Mohammad juga diminta untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO agar bertanggungjawab di atas kekhilafan strategi dan calon-calon yang dipertaruhkan untuk bertanding di kerusi parlimen sempena PRU15

Sebelum ini Mohammad juga pernah mengeluarkan kenyataan jika BN tewas untuk kali ini, beliau akan meletakkan jawatan, maka ahli UMNO mendesak juga untuk dirinya meletakkan jawatan kerana bangkit isu kepercayaan kalangan parti.

Jelas dalam kenyataan tersebut juga, kesemua pemimpin UMNO yang jelas kelihatan dan dekat dihati rakyat, hendaklah diberikan tempat di dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO sebagai suatu ekspresi kepada rakyat bahawa UMNO mengambil maklum ke atas suara mereka.


(Visited 152 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button