NegeriSukan

Raja Puan Muda Perlis berkenan rasmi program Boling Amal PKAYPs

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan program Boling Amal Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) di Pusat Boling Kangar.

Baginda diiringi anakanda kedua, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Yang Dipertua PKAYPS merangkap Pengerusi Boling Amal PKAYPS 2023, Datuk Abdul Azib Saad

Program ini diadakan bagi tujuan mendapatkan sumbangan bagi menambah dana PKAYPS.

Raja Puan Muda turut berkenan menyaksikan penyerahan cek replika kepada PKAYPs.

Ia disumbangkan oleh Kasyaf Bina Sdn Bhd, RD Mineral Sdn Bhd, Cahaya Murni dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim. – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button